Disebutkan dalam sebuah hadis, Berbuat baiklah kepada wanita, kerana wanita itu diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok, sedangkan tulang rusuk yang paling bengkok adalah yang paling atas, maka bentuk lah wanita dengan sebaik mungkin. Ini adalah perintah untuk para suami, ayah, saudara saudara lelaki dan lain-lain untuk menghendaki kebaikan untuk kaum wanita, berbuat baik terhadap mereka, tidak menzalimi mereka dan sentiasa memberikan hak-hak mereka serta mengarahkan mereka kepada kebaikan. Ini yang diwajibkan atas semua orang atas dasar sabda Nabi Muhammad SWT, "Berbuat baiklah kepada wanita."
Hal ini jangan sampai terhalang oleh perilaku mereka yang adakalanya bersikap buruk terhadap suaminya dan kerabatnya, baik berupa perkataan mahupun perbuatan kerana para wanita itu diciptakan dari tulang rusuk, sebagaimana dikatakan oleh Nabi Muhammad SWT bahawa tulang rusuk yang paling bengkok adalah yang paling atas.Sebagaimana diketahui, bahawa yang paling atas itu adalah yang setelah pangkal rusuk, itulah tulang rusuk yang paling bengkok, itu jelas. Maknanya, pasti dalam kenyataannya ada kebengkokkan dan kekurangan. Kerana itulah disebutkan dalam hadis lain dalam ash-Shahihain."Aku tidak melihat orang-orang yang kurang akal dan kurang agama yang lebih bias menghilangkan akal laki laki yang teguh daripada salah seorang di antara kamu (para wanita)." (HR. Al Bukhari no 304 dan Muslim no. 80)Hadis Nabi Muhammad S.W.T. yang disebutkan dalam ash shahihain dari hadis Abu Said al-Khudri radhiyallahu 'anhu. Makna "kurang akal" dalam sabda Nabi shalallahu 'alayhi wasallam adalah bahawa persaksian dua wanita setanding dengan persaksian seorang laki laki. Sedangkan makna "kurang agama" dalam sabda beliau adalah bahawa wanita itu kadang selama beberapa hari dan beberapa malam tidak solat, iaitu ketika sedang haid dan nifas. Kekurangan ini merupakan ketetapan Allah pada kaum wanita sehingga wanita tidak berdosa dalam hal ini.Maka hendaknya wanita mengakui hal ini sesuai dengan petunjuk nabi shalallahu 'alayhi wasallam walaupun ia berilmu dan bertaqwa, kerana nabi shalallahu' alayhi wasallam tidak berbicara berdasarkan hawa nafsu, tapi berdasar wahyu yang Allah berikan kepadanya, lalu beliau sampaikan kepada ummatnya, sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta'ala,"Demi bintang ketika terbenam, kawanmu (Muhammad) tidak sesat dan tidak keliru, dan tiadalah yang diucapkannya itu menurut kemahuan hawa nafsunya.Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya). "(Qs. An-Najm: 4)
tapi kenape yer lelaki sekarang suke membuat kaum hawa menanggis dan terluka ??
No comments:
Post a Comment