Monday 20 February 2012

i think i can let him go rite now . . aqu da redha da ngun ketentuan nyer . . i no i must let some one 4 get the best . .

Tuesday 7 February 2012

bleyh ta aqu na rse bhgia cm another guys ?? , knpe msti stiap hari aqu rse sedih sanad . . tapi aqu ta penah salah kn dye . . ini sume coz diri aqu sendriy. . if aqu ta pnh mlukakan seseorang . . ALLAH ta kan izin kn hati aqu diluka . . tapi aqu yakin biler dosa-dosa aqu terhapus . . aqu akan rse bhagia . . that's y larh aqu tewos biakn hati aqu merase sediyh . . aqu harap sape-sape yunk bace blog aqu niyh . . tolong lha elakkan mengkhianati chenta . . n tolong lha jgn merampas hak owang laen . . coz shakit sanad rse cm 2 . . dunie niyh berputar tahu . . wut u done . . u can felt that back . . so aty-aty lerw ngun prasaan owang niyh . , i bukan na mnyibowk . . juz ta mow owang len rse ape yunk i rse . .

Monday 6 February 2012


ya ALLAH ya TUHAN ku . . sekiranyer dia bukan lah jodohku . . kau temukan lha aq seorang lelaki yang mampu menerima aqu seadanye . . tapy sekiranye dye memang lha jodohku ya ALLAH. . kaw tabahkan lha aqoo untuk menerima dugaan mu ini ya ALLAH . . kerana aqoo tahu . . kaw akan memberikan aqoo bahagia di kemudian hari . .
Disebutkan dalam sebuah hadis, Berbuat baiklah kepada wanita, kerana wanita itu diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok, sedangkan tulang rusuk yang paling bengkok adalah yang paling atas,  maka bentuk lah wanita dengan sebaik mungkin. Ini adalah perintah untuk para suami, ayah, saudara saudara lelaki dan lain-lain untuk menghendaki kebaikan untuk kaum wanita, berbuat baik terhadap mereka, tidak menzalimi mereka dan sentiasa memberikan hak-hak mereka serta mengarahkan mereka kepada kebaikan. Ini yang diwajibkan atas semua orang atas dasar sabda Nabi Muhammad SWT, "Berbuat baiklah kepada wanita."
Hal ini jangan sampai terhalang oleh perilaku mereka yang adakalanya bersikap buruk terhadap suaminya dan kerabatnya, baik berupa perkataan mahupun perbuatan kerana para wanita itu diciptakan dari tulang rusuk, sebagaimana dikatakan oleh Nabi Muhammad SWT bahawa tulang rusuk yang paling bengkok adalah yang paling atas.Sebagaimana diketahui, bahawa yang paling atas itu adalah yang setelah pangkal rusuk, itulah tulang rusuk yang paling bengkok, itu jelas. Maknanya, pasti dalam kenyataannya ada kebengkokkan dan kekurangan. Kerana itulah disebutkan dalam hadis lain dalam ash-Shahihain."Aku tidak melihat orang-orang yang kurang akal dan kurang agama yang lebih bias menghilangkan akal laki laki yang teguh daripada salah seorang di antara kamu (para wanita)." (HR. Al Bukhari no 304 dan Muslim no. 80)Hadis Nabi Muhammad S.W.T. yang disebutkan dalam ash shahihain dari hadis Abu Said al-Khudri radhiyallahu 'anhu. Makna "kurang akal" dalam sabda Nabi shalallahu 'alayhi wasallam adalah bahawa persaksian dua wanita setanding dengan persaksian seorang laki laki. Sedangkan makna "kurang agama" dalam sabda beliau adalah bahawa wanita itu kadang selama beberapa hari dan beberapa malam tidak solat, iaitu ketika sedang haid dan nifas. Kekurangan ini merupakan ketetapan Allah pada kaum wanita sehingga wanita tidak berdosa dalam hal ini.Maka hendaknya wanita mengakui hal ini sesuai dengan petunjuk nabi shalallahu 'alayhi wasallam walaupun ia berilmu dan bertaqwa, kerana nabi shalallahu' alayhi wasallam tidak berbicara berdasarkan hawa nafsu, tapi berdasar wahyu yang Allah berikan kepadanya, lalu beliau sampaikan kepada ummatnya, sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta'ala,"Demi bintang ketika terbenam, kawanmu (Muhammad) tidak sesat dan tidak keliru, dan tiadalah yang diucapkannya itu menurut kemahuan hawa nafsunya.Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya). "(Qs. An-Najm: 4) 


tapi kenape yer lelaki sekarang suke membuat kaum hawa menanggis dan terluka ??

Sunday 5 February 2012


Bagaimana untuk merawat hati yang terluka??? Setiap hati yang terluka itu pasti mempunyai penyebabnya kepada kelukaan itu dan ia datang dalam pelbagai bentuk dan boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja, di mana-mana sahaja dan oleh sesiapa-sesiapa sahaja. Persoalannya sekarang bagaimana kita hendak merawat hati kita sendiri bila terluka??? Bila mana waktu itu kita tidak berhasrat untuk meluahkan kelukaan itu kepada sesiapa. Di bawah ini ada beberapa saranan DIY (Do-It-Yourself).

Langkah Pertama
Kelukaan pasti mengundang airmata. Maka menangislah sepuas-puasnya. Pastikan kita menangis seorang diri. Ia akan memberi kita kelegaan. Ketika menangis, dapat dirasakan hati kita bagai dihiris-hiris. Perasaan yang lahir waktu itu sebenarnya adalah darah yang mengalir di hati kita.

Langkah Kedua
Di waktu kita menangis itu bacalah sebanyak-banyaknya kalimah "Innalillahiwainnailaihirojiun" dan "Lahaulawalakuwataillabillah". Di saat hati kita terluka dek kerana perbuatan manusia, maka kita menyerahkan hati kita yang terluka itu kepada Allah s.w.t. untuk merawatnya.

Langkah Ketiga
Lakukanlah solat taubat dan solat syukur. Ya, mungkin tanpa sedar kita juga ada melukai hati orang lain kerana itu Allah memberi izin hati kita dilukai supaya kita dapat merasakan apa yang orang lain rasa. Dalam masa yang sama kita tetap bersyukur walaupun hati kita dilukai.

Langkah Keempat
Tidur dapat membantu kita untuk memberi kelegaan. Tidur pasti nyenyak bilamana langkah pertama, kedua dan ketiga sudah dilakukan.

Langkah Kelima
Selepas bangun tidur, bercakaplah dengan orang yang membuat hati kita terluka secara terbuka. Diperingkat ini marah kita sudah reda dan Allah sudah pun merawat hati kita yang luka itu di dalam waktu tidur kita tadi.

Setiap apa pun yang berlaku, sama ada yang baik atau yang buruk, kesemuanya pasti datang silih berganti dalam hidup kita. Di waktu kita diuji dengan kekecewaan, di waktu itu lah kita dapat merasakan yang Allah itu benar-benar berbicara dengan kita. Hanya Allah sahaja yang boleh merawat hati manusia. Bila kita redha menerima ujian-Nya walau hanya sebesar zarah, pasti Allah akan memberi hadiah atas kesabaran kita. Kadang-kadang Allah mengirim hadiah untuk kita dengan begitu cepat sekali. Subhanallah!


copy and paste =)